November 30, 2011

Erti Sebuah Sahabat .



My new entry..Lama tak update as I am not feeling well.So, entri kali ni adalah tentang seorang sahabat.Eh,bukan!Tentang persahabatan..Sebenarnya sudah lama aku terfikir nak keluarkan post tentang ni tapi sekarang baru otak aku mula berfungsi semula..Aku nak jadikan post ni sebagai permulaan untuk kategori baru blog aku – ‘Friendship’.
Aku nak ceritakan segala pengalaman aku sepanjang hidup(padahal baru berapa tahun melihat dunia) dalam blog aku.Sedikit sebanyak dapat berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana..By the way,let me explain more about this new mission.Aku nak coretkan cerita seorang demi seorang kawan aku dan pengalaman bersama mereka seingat aku..maknanya mungkin yang termampu saja la sebab aku adalah insan yang senantiasa tidak terlepas dari penyakit L.U.P.A. 



Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, 
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. 
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? 
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. 
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. 
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. 
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. 
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? 
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..



Sebagai kekuatan…..
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu.


Memang betul , memang benar ..
ada sesetengah kawan yang tidak mahu jadikan kite sebagai 'sahabat'..
kerana bagi mereka , kita mempunyai kekurangan  !
tetapi disebabkan kekuranganlah kita perlukan sahabat ..
sahabat yang boleh mengisi kekurangan sifat di dalam diri kita ini..
Akhir sekali….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu segala keperitan dan kebahagiaan hidup mereka …..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA….. :)

Copyright@Afiq Ammar Hijaz
Asslamualaikum :D

November 28, 2011

Cara Menangani Kesedihan




Hye ! hari ini Afiq nak kongsi sikit 
pasal Cara Menangani Kesedihan ,
Zaman sekarang kalo tengok bebudak ,
diorang cepatt sangat sedih -,- #entahhape-hape la ..
hahaha :D 

FIRST . pastikan kalau korang sedih , lakukan perkara yang memalukan macam kentut in public ke  , makan sambil cangkung ke or (ehh kejap ! dont do the thing i've just said . because thats stupid -..- ) maksud aku macam lakukan perkara yang memalukan yang boleh hilangkan rasa sedih korang tu .. macam aku , aku tak pernah rasa sedih :D hahaha *lucky for me !

SECOND . cari alasan untuk senyum ! ada pepatah yang mengatakan 'IF LIFE GIVES YOU A HUNDRED REASON TO CRY , SHOW LIFE THAT YOU HAVE A THOUSAND REASONS TO SMILE' haa .. maksodnya , kalo dalam keadaan sedih macam mana pun .. SENYUM  je ! haa .. SMILE IS THE BEST MEDICINE YOU HAVE ! macam afiq , kalo sedih pun , sedih biasa je .. yela , xkan nak sedih sampai mati kot  -,-  

THIRD . jogging , yes jogging adalah aktiviti yang paling 'best' la katakan . okey , this is the way .. dalam masa korang jogging tu akan ada satu tahap yang korang rasa DAHAGA ! and dahaga tu lah akan hilangkan rasa sedih korang . macam afiq , afiq pernah rase sedih .. tapi rasa sedih bercampur dengan rasa bersalah . yelaa , da kena inilah , itulah .. haiihh ..kalo korang masih lagi sedih , ingat slogan ini tau "Eh ! menyampahlah dengan sikap aku ni ! tak kuat langsung ! buat apa aku nak buang masa , tenaga n air mata aku ?! tomorrow is a totally new day ! next year is a better year ! " ingat ye .. hehe

FOURTH . basuh baju ! haaa .. ini tips yang afiq cipta sendiri . macam ni , apabila korang tengah khusyuk basuh baju ,    korang terlalu khusyuk untuk menyudahkan kerja korang tu dengan cepatt . so korang xdelah sedih lagi . #warning ! cara ini hanya beri effect KETIKA membasuh baju . lepas dah basuh tuu .. start la balik sedih nye tu .. hehe 


Kay la , nampaknye sampai disini sahaja 
Tips yang dapat Afiq kongsi .
Copyright@Afiq Ammar Hijaz
Assalamualaikum :D

November 27, 2011

So i can Stand on Mountains







Hye ! haa .. sekarang nak kongsi pasal 
you Raise me Up .
haaa .. kalo korang perasan , lagu Blog ni pun entitled 
'You Raise Me Up'
hurmm .. aku tak tau napa tetibe aku suke lagu yang genre 
nye slow je ..hehe ..
pergi la kat Google and type 'music dumper' and
then search la for this song ..  :D





'You raise me up so that i can stand on mountains' perrghh ! hahaha .. sematt la lyric nye ..
'You raise me up so that i can walk on stormy seas' :'( kadang2 ada gak rasa sedih dengar lagu ni *ecehh ! haha
anyway aku tau kebanyakannya orang tak layan lagu 'orang puteh' ni .. haha , so What ?
emm . aku sebenarnya sama je , tak minat lagu orang putih ni . tapi lama-kelamaan , lagu orang putih ni makin sedap lha ! makin best didengar .. kat sini aku cuma minat Faizal Tahir jea   #jangan marah hehe.. 
Haa .. nah , ni lirik lagu ni , berangan la puas2 ye . hehe :P


When i am down , my soul's so weary ,
When troubles come and my heart burdened be ,
Then i am still and wait here in the silence ,
Until you come and sit a while with me ,

You raise me up so i can stand on mountains ,
You raise me up to walk on stormy seas ,
I am strong when i am on your shoulders ,
You raise me up to more i can be ,

There is no life , no liife with its hunger ,
Each restless heart beats so imperfectly ,
But when you come and i am filled with wonder ,
Sometimes i think i glimpse eternity ,

You raise me up so i can stand on mountains ,
You raise me up to walk on stormy seas ,
I am strong when i am on your shoulders ,
YOU RAISE ME UP TO MORE I CAN BE .....

dah ! cukupp ! kang ade yang tak abes2 berangan ! hahah :D 
tenks for exploring my status ..
Copyright@Afiq Ammar Hijaz



Di mana ?



Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan 
resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”



Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagaimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

November 26, 2011

waduh-waduh !




Assalamualaikum ,
sekarang nak kongsi cite pasal idup aku sepanjang 
cuti MINGGU ini .hehe


HAaa , sekarang . aku punya pakcu ada datang at umah aku n selama seminggu kot dia nak duduk kat sini . Okay , sekarang aku tak nak cite pasal pakcu aku . Aku nak cite pasal anak dia yang HYPER ni .. errr ! ada ke , kecik2 da pandai maen pisau , hehe .. believe it or not dia memang selalu main dengan pisau , budak ni kalau dapat pensil je , bukannye menulis tapi MENCUCUK ! haha .. sampaikan Pakcu aku cakap 'aku cuma takut anak aku ni guna pensil nak rompak bank .. itu je ' hahaha .. WTFish ..haha :D
Anak pakcu aku ni memang type nye ganas membabi ni .. -,- haha .. datang2 je gi pukul aku , err .. aku tengah on9 FB  guna laptop yg sedang dicas , dia pulak pergi cabut benda bye !! Bertuah punye budak ! dia tak pandai cakap lagi tapi pandai attract attention orang .. haha .. ada satu hari tu aku pergi ke sekolah and masa waktu persekolahan dah tamat, aku pun balik rumah and tercari2 DI MANA LAPTOP AKU NI .. cari punye cari , laptop aku ade kat dalam baldi penuh dengan air . Wahh !! ni kalau ayah aku tau mampos aku ! huhu . tapi aku ada kawan , dia tu gila Comp. dia pun bagi au la aku ape yang aku kena baiki and Alhamdulillah BERHASIL ! thanks dude ! aku syak si budak kecik la yang buat keja2 ni .. 






Nak berkenalan ?
NAMA : Abdul Syuib Al-Karni
NAMA POPULAR : Baby
UMUR : 3 Tahun 
No. Tel : Ayahnya tak kasi dia pegang fon sebab dia campak
 fon ayah nye rosak masuk mangkuk jamban -..-
(sebab tu lah aku syak budak ni yang campak laptop aku -.- )

November 25, 2011

Realisation by 14





Assalamualaikum .
Hmm . I've just discovered the Secret of 14 !
yes , 14 . Hmm . Sebenarnya sekarang tengah boring 
so cari la article at Google ni and suddenly terjumpa secret of 14 !
haa .. bertuah la kirenye ni . :D

So mcm ni , ada pernah tahun ini 2011 , aku pergi ke tuisyen .
cikgu tuisyen tu pulak memang cikgu yang bagus tau :D
dia ajar memang best tapi ade suatu hari tu dia buat statement tentang
 WHY ? WHAT IS THIS ? TALENT? WHAT TYPE OF LIFE IS THIS?
DURING MY OLDEN DAYS , THERE IS NO THIS 
and there is no THAT !
and sekarang baru aku dapat and sedar about life nowadays ..
LOOK at your life ! Look at my life !what type of life are we living in !
what's your talent , what's my talent ?
ape kebolehan korang ? apa yang korang minat ?
korang nak kerja jadi apa ?!
#masih lagi ade yang terpinga-pinga tentang masa depan masing2 ! why ?
because "LOOK AT YOUR LIFE"
bangon pagi , study , pergi sekolah , balik sekolah , buat homework ,tuisyen
pergi Delta  , A1 , Era Tinta , Formula 1 , Formula 2 , 3 ,4 and so on..



Sedar tak ? yang bekerja pula , hari2 stress , hari2 nk buat yg terbaik..
its a 'rat race' out there .
maksodnye , korang kena berusaha setiap hari kalau x, akibatnya PECAT ! YOUR FIRED !
okey2 , now untuk budak2 14 tahun , everyday , every week , school , homework . 
korang pernah dengar x pepatah "EACH AND EVERYONE HAS THEIR OWN TALENT"
well , macam mana kalo korang nak tahu bakat/talent korang
kalau hidup korang suma macam ni?
something has to be done . tengok negara luar , tengok USA , diorg mana ade 
exam , diorang cuma ada project dan kalau project tu diorang lulus , maka diorang boleh naik gred .
ITU JE yang diorang buat n tengok hasilnye , 
Billionaires , Mc Donalds , KFC , Pzza Hut .
owner diorang mana ade yang pass ape2 exam tp tengoki hasilnye .
the creeator of genting highlands (nama nya aku da lupa).
korang ingat yang pengas genting higlands tu pandai ke kalau bahasa ibunda nye
sendiri pun xfaham  ?
think , fikir dua tiga kali tentang masa hadapan .
cuba fikir balik , apa bagus nye FUTURE kalau  cara 
kita membesar macam ni ? so please dont blame/comment
kenapa Budak zaman Sekarang banyak yang tak 
BERKUALITI ! 
 hmm ..

k ,la nampaknya sampai di sini sahajalah .
Post ini hanya sekadar SEDARAN ye ..
Copyright @ Afiq Ammar
Asslamualaikum :D


Ingat ke tak ni ?




Assalamualaikum
haaa .. post Afiq kali adalah INGAT LAGI TAK ??
maksud nya macam ni , time kecik2 dulu .. korang mesti 
ada benda yang best nak diceritakan kan ? 
haha , ni aku nak cerita sedikit sebanyak zaman masa aku kecik..hehe


  1. Ingat tak PERKATAAN pertama yang korang pernah sebut ?  haa .. menurut apa yang mak aku catit dalam buku 'Perkembangan M.Afiq Ammar' , perkataan pertama yang aku cakap adalah  Ball/BOLA ! , itu dia , mak aku cakap , kalo aq nmpk ape2 yg bentuknye macam bola , aku akan sepak benda tu baru aku PERASAN yang tapak kaki aku ade parut sebab sepak 'BALL' masa kecik . aku pun hairan macam mane boleh sampai ada parut ,lepastu mak aku  cakap sikit jea "Kesian durian yang afiq sepak tu kan , penat abah beli" -.-  so maksodnye aku sepak durian lerr ? urghh .. hahaha
  2. Ingat tak PERKATAAN pertama yang korang dengar ? hmmm .. mcm mane ekk ? perkataan pertama yg aku dengar adalah BODOH .. -,-  eh ! don't ask me ! aku pon tak tahu macam mane aku boleh ingat benda ni ! hahaha :D
  3. Ingat Tak apakah benda pertama yang korang pernah lihat ? well , for me . aku masih ingat 100% lagi , aku bukak mata je , aku da ada di depan TV . haha :D cerita apa ekk time tu ? hmm .. haa , itu aku tak ingat .. hehe..serious , time tu aku memang da lahir tp ayah aku cakap yang baby cuma boleh lihat imej yang 1 meter jauh sahaja . kalo imej tu 2KM jauh dari mata baby , baby tu tidak akan nampak imej tersebut.. hua hua ! and baby cuma boleh stimuly warna MERAH ,HITAM and PUTIH je.
Okey la ! nampaknye sampai disitu saja la 
cerita masa aku kecik .
kalo korang ada jugak time2 kecik yg korang nk share ,
SHARE je , xde org nk halang .
HAHA ! k , bbye 
ASSALAMUALAIKUM :D









November 23, 2011

Perrrhh ..

Hye ! now aku tengah maen game . 
asyik2 maen game je .. grr .. xde ape nk buat.
aritu ade final exam !
*peeps * naseb baek aq dpt score ! Alhamdulillah ! hehe..
after all the hardworks , finally it payed off..

Sebenarnye before aku start study , aku lepak , tgk TV , maen bola and teibe baru je teringat OMG MY STUDIESS ! haha .. then ape lagi brainwash la dgn subjek2 skola ni ..haha .. lagi2 sejarah .. -,- aku suka sejarah cuma subjek form2 Sejarah ni bnyk perjanjian la ..huhu ! yang kedua Maths .. holy graveyard ! the formulas ! last minute aq study maths ! PUIIH ! haha .. aq sebenarnye mmg xnk A pun P.Seni  ..hahah , nmpk tak aq dpt C ? C tu maksod nye Cemerlang . hehe . Ni subjek yg aku fobia ni . Bahasa Inggeris , hoho ini aku da cuba gile2 kaw2 nk dpt A tapi naseb is not on my side . ohh ya ! my teacher gave me a word of advice "in order for u to finally get an A for BI , u must read a lot and read the teacher's comments" oh ya , I BET I WILL ! hehe .. okey2 cuba tgk bahagian ULASAN guru kelas tu , terbaekk ! hahaha : P ckg jgn marah taww :D hihi

November 22, 2011

Your the besT :')

Everyone once in a while, I stumble onto a story that I did not write but want to share with others. This is one of them.
I chose to share it with you because it reminds me so much of what my BEST FRIEND did for me so many years ago.
The Friendship Story has been floating around the Internet for quite some time now but I have no idea who wrote it.
One day when I was a freshman in primary school, I saw the new kid in my class walking home from school His name was Ali Hanafi (Epy). It looked like he was carrying all of his books. I thought to myself, Why would anyone bring home all his books on a Friday? He must really be a nerd. I had quite a weekend planned with football game with my friends. So I shrugged my shoulders and walked on.
Just then a bunch of kids ran toward him, knocking the books out of his arms and tripping him so he landed in the dirt. His glasses went flying, and I saw them land in the grass about ten feet from him. As he looked up, I saw a terrible sadness in his eyes. My heart went out to him. I jogged over to him, picked up the glasses and handed them to him.I think maybe the kids wee in a rush searching for something somewhere without noticing Epy .
Diorg tu memang macam tu , takpe nanti aku jumpa diorang . bodoh betul” I commented.
He looked at me and said, Hey, terima kasih! There was a big smile on his face. It was one of those smiles that showed real gratitude.
I helped him pick up his books and asked him where he lived. As it turned out, he lived near me. at quarters MPK . the thing is , his house is just infront of mine -,- .As we walked home, I discovered he was a pretty cool kid. I asked him if he would like to play football with me and my friends on Saturday. He said, “Boleh jugak. We hung out together all weekend and the more I got to know Epy, the more I liked him. My friends liked him too.
On Monday morning, I saw Epy carrying his huge stack of books again. I stopped him and said, Epy, ko nak jadi budak tough ke ha sampai buku2 yg belambak ni ko nk bawk sorang2 ?! He laughed and handed me half the books.
Over the next 2 years,Epy and I became best friends , were 10y/o by then. By our first year in morning  session year, Epy had filled out and looked great. He was one of those guys that really found himself during primary school. All the girls loved him. He had studied hard and was valedictorian of our class.
On graduation day 2007 (he was 10y/o), he was one of the top flight student and he was given the oppurtunity  to give a speech. I could see that he was nervous. So I smacked him on the back and said, Hey, Epy, kau terbaekk la! He looked at me with one of those really grateful looks and smiled, ‘Thanks.”
He started his speech, Pengijazahan adalah masa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang membantu anda membuat melaluitahun-tahun yang sukar: ibu bapa anda, guru-guru anda, adik-beradik anda, mungkin jurulatih, tetapi kebanyakannya kawan-kawan anda. Saya di sini untuk memberitahu anda bahawa sebagai rakan kepada seseorang adalah hadiah terbaik yang anda boleh berikan. you , during that time , i was recording his speech and i was shocked because i was searching for this recording for years and finally i found it .
Then he began to tell the story of the first day we met. I stared at him in disbelief when he told how he had planned to kill himself that weekend. He had cleaned out his locker so his mom wouldn’t have to do it later. I heard a gasp go through the crowd as this handsome and popular boy told about his weakest moment.
He looked hard at me, gave me a little smile, and said, “Thankfully, my friend saved me from doing the unspeakable.”
His mom and dad looked at me with a grateful nod. Not until that moment did I realize that in one small gesture I changed a person’s life. Now I never underestimate the power of my actions. I learned that the support of a caring friend can impact someone in ways we may not fully understand and appreciate.

Since then , i rolled the recording tones  of times ! rolling   over and over and over . Now im a sweet 14y/o boy in 2011 .i've gained a lot of experience through out my past years with Epy . Epy ? well , unfortunately he left me , his family and friends . He had to go . He is now on the other path/side of the world ( al- fatihah ) . He suffered a seriously blood  infects ' leukemia ' . It was just a blink of an eye he passed away . he is happy now i guess :'D . from here , i learned that not anyone can be a GREAT friend , but a  GREAT friend can come from anyone .. i'll never forget you friend ..  A TRUE FIREND IS A FRIEND WHO LAUGHS AT YOUR JOKE EVEN THOUGH ITS NOT FUNNY :D

Jamuan , Jamuan n more JAMUAN !

Fuhh . hye ! well , fantastic 2011 n hope its gonna be a fantastic year for 2012 . 
Tapi ade banyak suka & duka, bittersweet semasa berada di sesi petang :D hua hua ! emm . k, first of all aq kelas 2RK1 aku ade wat jamuan . memang penat la . nan barbeque nye n so on . time tu jugak kitorg dpt buku teks *can u imagine tat ?! haha
well , at first kitorg mmg da plan nk wat BBQ . hehe . semua bajet padhal bknnye taww nk pasang api -,- 
then just go on la . yg paling syok , kitorg try nk bakar arang tu guna lighter ,
tp xmenjadi n aq da bengang aq pn cmpk je ros lighter kat grill tu n guess wat ?! it finally burned -,-
what luck im having . tp tu ckg aq punye ..hehe ..

 ha .. ini ayam sebelum dipanggang ! Nik Khairul Daniel yg bawa ! baek siott !

ni pn nik punye ..hoho :D

so as we go on , ade benda lawak kawan aq buat .. dia ni takut api (14 tahun pn takot api) hahah ..xde la .. so kalo aq xmasak kn utk dia , selagi tu lah dia xkn makan ..haha .. ngade2 Asyraff farouq ni ! hehe .. so lepas aq da masak kn utk dia , dia pn merungut la . "Apasal lmbt sgt ko msasak ?!" aq pn gelak la n ckp.
"ko jgn mara aq , mara at aayam tu ." n then tetibe ayam dia yg baru masak tu jatuh kat lantai ! hahahahaha
sayang sayang sayang sayang sayang  giler
 at ayam tu ! hahaha . padan muka . :P n then kite enjoy je la .. enjoy2 n then aq terjumpa irfaN , and tnye , "ehh ! kenapa kau bawak kek ?" lepas tu dia pn jwab la . "arini birthday aku" . And then ape lagi , aku pon plan la dgn kwn2 suprise him ! (pelik la , kitorg nmk suprise Irfan tapi irfan gak yg bawak kek -,-) HEHE .. lepas tu aku ape lagi , aku suapkan kek la kat mulut dia . ahahah ! C O M O T !! :D

me n ASYRAFF FAROUQ !



November 21, 2011